announcement

恭喜本校6K班茹毖豫同学获得曼绒县华语演讲比赛冠军。 恭喜本校代表 马彦恒 陈佳萱 陈芷微 马敬越 获得曼绒县华语笔试比赛(团体) 亚军

Thursday, 30 April 2015

PELAN SEKOLAH



 邦咯华联一校平面图
Peta SJK(C) HWA LIAN 1


Latihan Kecemasan Kebakaran







Visi dan Misi Sekolah


SJK(C) HWA LIAN 1, PANGKOR, PERAK

VISI SEKOLAH 

SJK(C) HWA LIAN 1 akan mencapai kegemilangan menjelang Tahun 2018

MISI SEKOLAH

Mewujudkan insan yang berilmu dan berkualiti, menerusi pengajaran dan pembelajaran, untuk mencapai Wawasan Negara 2020.


霹雳邦咯华联国民型华文小学第一

学校宏愿

华联一校将在2018年荣获辉煌成就。

学校使命

通过教育,造就人才,落实国家2020年宏愿


Hubungi Kami

Alamat Sekolah

霹雳邦咯华联一校
SJK(C) HWA LIAN 1,
32300 PANGKOR,
PERAK.

Telefon   : 05-6851272
Faks        : 05-6851272
Email      : ABC1046@1bestarinet.yes.my

Tuesday, 7 April 2015

PENGENALAN SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
SJK(C) HWA LIAN 1, PANGKOR

LATAR BELAKANG SJK ( C ) HWA LIAN 1
SJK ( C ) Hwa Lian 1 berasal dari cantuman 3 buah sekolah iaitu sekolah Hwa Ming, Sekolah Ting Sing dan Sekolah Chong Hwa pada tahun 1951. Ketika itu sekolah dinamakan Sekolah Hwa Lian dan bertempat di Sungai Pinang Besar dan Pangkor.

Pada tahun 1954, Lembaga Pengurus sekolah membeli sebidang tanah dengan keluasan 11 ekar yang terletak di Pasir Bogak bertujuan untuk membina sebuah sekolah pusat serba lengkap dan besar. Bangunan baru telah didirikan pada 1957 dan menjadi sebuah sekolah kerajaan bantuan modal dengan adanya cawangan di Sungai Pinang Besar dan Sungai Pinang Kecil.

Pada tahun 1965, bilangan murid bertambah ke 1460 orang, Kementerian Pendidikan mengarahkan  sekolah dibahagikan kepada 2 buah, iaitu Hwa Lian 1 yang bertapak di Jalan Pasir Bogak dan Hwa Lian 2 di Sungai Pinang Besar, masing-masing mempunyai Guru Besar, PIBG dan Lembaga Pengurus yang Berasingan.
Untuk mengekalkan perhubungan yang erat di antara kedua-dua buah sekolah, satu persetujuan telah diadakan iaitu Hwa Lian 2 mengadakan Kelas 1 hingga Tahun 4 sahaja supaya murid-murid dapat melanjutkan pelajaran mereka di Hwa Lian 1 yang dianggap sebagai sekolah pusat.

Pada tahun1995, Lembaga Pengurus, PIBG dan Persatuan Murid Tua SJK( C ) Hwa Lian Berjaya mengutip RM 740,000.00 dari orang awam dan mendapat  peruntukan  sebanyak RM 100,000 dari Kementerian Pendidikan untuk mendirikan bangunan baru 2 tingkat yang mengandungi 16 buah bilik darjah pada tahun 1997.

Kini Sekolah Hwa Lian 1 telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti bilik computer, bilik muzik, dewam besar, pejabat berhawa dingin dan lain-lain lagi. Kemajuan ini adalah hasil kegigihan pemimpin-pemimpin sekolah yang bertungkus lumus untuk membangunkan sekolah. Oleh kerana lokasi sekolah ini berhampiran dengan tempat-tempat rekreasi yang mashyur di Pulau Pangkor dan sentiasa digunakan untuk perayaan, aktiviti pertandingan badan kerajaan, maka pihak sekolah amat menitikberatkan keceriaan dan ketenteraman kawasan sekolah.

Walaupum jumlah murid sekolah merosot setiap tahun dan tertinggal sebanyak 438 pada tahun 2004, namaun warga pendidik di sekolah ini tidak mengabaikan perkembangan sekolah, malahan, bertambah gigih dan rajin dalam segala bidang untuk mengharumi nama sekolah Hwa Lian di pulau ini. Berikut adalah kejayaan-kejayaan yang tercapai dari tahun 1975 sehingga tahun 2004.

1        Mempunyai pasukan pancaragam selama 30 tahun semenjak 1975. Mendapat derma sumbangan  sebanyak RM80,000.00 dari orang awam untuk meningkatkan taraf pasukan  ini pada tahun 2003.
2       Menerima Sijil Kepujian PPD Manjung Tahun 1999 kerana Berjaya meningkatkan pencapaian 7A dalam UPSR.
3       Wong Wai Pang memenangi  Piala Olahgawati Negeri Perak 11 tahun ke bawah pada tahun          2003.
4       Menerima Sijil Kecemerlangan Akademik JPN atas Kejayaan pencapaian 7A berganda dalam      UPSR 2003.
5       Wong Wai Pang memenangi Piala Olahgawati MSS Perak bawah 12 tahun dan memenangi naib johan dalam pertandingan lompat jauh peringkat kebangasaan tahun 2004.
6         Lim Teik Ching (Murid 3M) memenangi Piala Naib Johan dalam pertandingan Lukisan  Komputer anjuran Dynabook peringkat kebangsaan Tahun 2004.

SJK ( C ) Hwa Lian 1 akan terus berusaha, menuju ke arah Perak Gemilang.